Sabtu, 3 Mac 2012

GURU PENYAYANG & MENTOR MENTEE


Program ini adalah program yang wajib dia adakan bagi semua sekolah di negeri pahang.
Pengetua Bersama manteenya
Kedatangan pelajar disambut di pintu pagar. Silap tak buat bunga manggar je. Kalau pelajar paling awal datang jam 6.45 am, Acu agak cekgu kena datang jam berapa.????? ce agak..?????
Selepas perasmian program, pelajar dibahagikan kepada mentor masing-masing. Selepas itu pelajar dan guru menyertai program yang telah di rancang..

GPK HEM
Menyambut dan mengalukan kedatangan pelajar



Tujuan
- Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru-guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.




Konsep.

  1. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi , mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Penyayang adalah seseorang yang memiliki sifat kepedulian ( concern ), terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya.  ( every child matters ), dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
  2. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan asset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
  3. membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungan dengan murid, ibubapa, komuniti dan masyarakat.
GPK1 Melayan Pelajar makan







Objektif.

  1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
  2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
  3. Menyedari bahawa setiap murid sekolah adalah asset kepada sekolah.
  4. Menghargai sumbangan murid, ibubapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.



Cekgu makan dengan pelajar


Antara gambar-gambar yang di ambil semasa program dijalankan.












Cgu Eva layan pelajar beli makan




Mari bersenam ikut Cekgu






Tiada ulasan:

Catat Ulasan